Wednesday, 28 March 2012

burger ayam dan lembu
ini adalah kebab ayam dan daging
MELAWATI KEBAB SDN. BHD. mula bertapak dalam perniagaan yang berasaskan pemakanan pada 27 September 2000 yang didaftarkan atas nama MELAWATI KEBAB FOOD & SERVICES. Namun, atas usaha gigih untuk meningkatkan mutu perniagaan, pemiliknya mengambil langkah bijak dengan memperbadan perniagaan ini kepada sebuah syarikat iaitu MELAWATI KEBAB SDN. BHD. yang berkuat kuasa bermula dari 28 Jun 2007 dan kekal hingga ke hari ini. MELAWATI KEBAB SDN. BHD adalah sebuah syarikat yang memproses, membekal dan menjual kebab ayam, daging, roti pita, roti arab, burger ayam, burger lembu, oblong ayam, oblong lembu, oblong kambing, daging lembu kisar dan daging ayam kisar yang bertempat di No. 29, Jalan 5/154D, Taman Desa Cheras, 56000 Kuala Lumpur. MELAWATI KEBAB SDN. BHD merupakan syarikat hak milik 100% bumiputera yang mana Ahli Lembaga Pengarah Syarikat terdiri daripada Encik Shafiee bin Salim dan Puan Zawiyah binti Basiran.Mereka turut dibantu oleh tenaga kerja yang berpengalaman dan berkaliber. Hal ini kerana sumber tenaga daripada pekerja menjadi tonggak utama kebertahanan sesuatu perniagaan. MELAWATI KEBAB SDN. BHD bergiat aktif dalam industri pemakanan yang mana bukan sahaja terlibat terus dalam aktiviti pemprosesan ayam dan daging bahkan turut menjual dan membekal produk mereka kepada orang ramai mahupun golongan peniaga. MELAWATI KEBAB SDN. BHD sentiasa memastikan perkhidmatan dan produk yang diberikan kepada pelanggan adalah terbaik demi kepuasan pelanggan. Oleh yang demikian, syarikat akan sentiasa menaikkan taraf mutu perkhidmatan dari masa ke semasa. MELAWATI KEBAB SDN. BHD boleh dihubungi melalui talian atau faks 03-91018951. Pengguna juga boleh melayari blog syarikat di http://melawatikebab.wordpress.com atau menghantar e-mail ke alamat melawatikebab@yahoo.com.